Kisah Sebenar
Pengalaman hidup, kerjaya, perjuangan, warisan, inovasi dan harapan — daripada suara orang sebenar.
Kupi Bas Podcast dibangunkan sebagai sebuah studio bergerak yang turun ke lapangan — bertemu manusia, mengangkat suara komuniti dan merakam kisah yang layak didengar.
Kupi Bas bermula daripada satu kepercayaan mudah: setiap orang ada cerita, setiap tempat ada jiwa, dan setiap perjalanan boleh membuka perspektif baharu.
Daripada perbualan santai sambil minum kopi, kita bina kandungan yang dekat dengan masyarakat — autentik, positif dan mempunyai nilai untuk generasi seterusnya.
Daripada menunggu tetamu datang ke studio, Kupi Bas membawa studio kepada komuniti — lebih dekat, lebih manusia, lebih real.
Pengalaman hidup, kerjaya, perjuangan, warisan, inovasi dan harapan — daripada suara orang sebenar.
Kandungan dirakam lebih dekat dengan lokasi, komuniti dan konteks asal cerita.
Format perbualan yang mesra, natural dan mudah membina kepercayaan antara hos dan tetamu.
Satu perjalanan boleh menghasilkan episod penuh, short-form clips, foto, artikel dan kandungan sosial.
Nilai Kupi Bas bukan pada studio semata-mata. Nilainya ialah jaringan manusia dan cerita yang boleh diterjemahkan menjadi pendidikan, inspirasi, peluang kolaborasi dan legasi digital.
Kupi Bas boleh berkembang melalui kombinasi penajaan, sokongan in-kind, lokasi, akses komuniti, kandungan dan jaringan. Tidak semua sokongan perlu berbentuk wang.
Menyokong pembangunan, produksi, perjalanan atau siri kandungan tertentu.
Sokongan bas, logistik, bahan api, penginapan atau akses destinasi.
Membuka ruang untuk rakaman, aktivasi komuniti atau sesi live podcast.
Mencadangkan tetamu, kisah, komuniti atau tema yang wajar diketengahkan.
Peralatan audio-video, kopi, merchandise, connectivity, servis atau sumber profesional.
Turut menyumbang masa, bakat kreatif, produksi, dokumentasi atau jaringan lapangan.
Merchandise Kupi Bas direka sebagai salah satu saluran untuk mengembangkan komuniti, membina identiti dan mewujudkan aliran pendapatan yang menyokong produksi.
Lihat mockup penuh dalam Brand Deck ↗
Kami mencari kisah yang memberi inspirasi, membuka perspektif dan membawa nilai kepada masyarakat.